29 JULAI : Angka kes jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada 3,926 hari ini berbanding 4,503 kes semalam, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.668 juta kes sejak pandemik melanda
Empat kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan peningkatan sebanyak 380 kes dengan jumlah terkini 47,286 kes.
96.6 peratus daripada kes aktif atau 45,657 sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,539 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU dan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Setakat ini 49.6 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dos penggalak dengan tambahan harian 1,870.