12 OGOS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 4,831 kes jangkitan baharu COVID-19 semalam, sedikit menurun berbanding 4,896 kes pada hari sebelumnya.
Angka terbaharu itu menurut data KKM di portal COVIDNOW, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara pula kini meningkat kepada 46,081.
Sebanyak 96.4 peratus atau 44,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
1,584 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU di mana 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,362 kes sembuh
Sebanyak 10 kes kematian dicatatkan semalam dan daripada jumlah itu, dua kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).