Tiga pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis dalam merancang dan melaksana polisi kerajaan berjaya membawa Malaysia bebas daripada pandemik Covid-19 serta memacu ekonomi ke arah yang lebih baik.
Tiga pendekatan tersebut berjaya membina semula kestabilan politik dan ekonomi negara setelah menghadapi pelbagai cabaran getir penularan Covid-19 hinggalah pasca pandemik yang menyebabkan timbulnya pelbagai kesan negatif terhadap sosio ekonomi.
Alhamdullilah apabila YAB DS Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, saya lihat beliau mengambil pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis di mana tiga elemen ini menjadi teras kepada kejayaan Malaysia mengharungi pandemik Covid-19 dengan proses pemulihan yang begitu baik.
Ini dapat dilihat daripada fakta pencapaian ekonomi negara dalam era pasca pandemik ini di mana kadar inflasi Malaysia adalah paling rendah di Asia Tenggara iaitu pada kadar 2.8%.
Manakala perdagangan borong dan runcit meningkat 19.9% tahun ke tahun kepada RM129.8 billion, disokong oleh Ini jualan perdagangan runcit (29.9%), kenderaan bermotor (20.1%) dan perdagangan borong (11.7%).
Aliran masuk FDI bersih untuk 2021 ialah RM48.1 bilion, mengatasi tahun-tahun sebelum wabak Covid-19. Malah bagi S1 2022 sahaja, nilai ini adalah hampir separuh bagi keseluruhan tahun 2021, iaitu melebihi RM24 bilion.
Inisiatif kerajaan seperti JanaKerja dan JaminKerja, pasaran buruh terus menunjukkan kadar pengangguran yang menurun iaitu pada 3.8% bagi bulan Jun.
Selain itu, Kerajaan turut berjaya mengatasi peningkatan kos sara hidup dan harga barangan.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah berjaya menurunkan harga minyak masak yang dulunya hampir RM 50 untuk 5 kg kini hanya RM 34.70 apabila harga siling runcit telah dikuatkuasakan kerajaan.
Begitu juga dengan BKM 2022 juga merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah bagi meringankan beban kos sara hidup. Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM 2,600 berbanding BR1M sebanyak RM 1,200 dan BSH sebanyak RM 1,480.
Banyak pencapaian yang telah negara capai untuk tempoh setahun ini dan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menerima manfaat dari bantuan kerajaan untuk bangkit semula membina semula kehidupan.
Jika Perdana Menteri tidak cekap, tidak mustahil kita dibelenggu inflasi, pertumbuhan ekonomi yang lembap, pengangguran, kemiskinan, kemunduran dan ketidakstabilan politik pasca pandemik ini.
Apa yang penting kita sebagai rakyat harus terus bekerja keras dan bertekad untuk memperbaiki kehidupan dan bantuan kerajaan bertemu kita di pertengahan jalan “meet halfway” dan kadangkala hampir seluruh perjalanan, bagi membantu kita pulih dan berkembang semula.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu