UMNO akan kembali mengadakan persidangan tahunan bermula di peringkat cawangan- cawangan seluruh negara mulai hari ini.
Sudah tentu persidangan tahunan cawangan pada kali ini tidak kurang pentingnya apabila kita semua sedia maklum bahawa ini adalah kali terakhir UMNO akan bermesyuarat di peringkat akar umbi sebelum tiba pilihanraya umum ke 15.
Korum dan perbincangan kali ini semestinya digunakan sehabis baik untuk mencari atau menambahbaik gerak kerja UMNO di semua peringkat untuk mencari semula kemenangan dalam PRU.
Cabaran yang besar juga ada pada Pemuda UMNO bersama Puteri.Kehadiran jumlah pengundi muda yang besar melebihi separuh daripada jumlah pengundi di sesuatu kawasan adalah cabaran kepada Pemuda . Kaedah juga harus lebih kreatif jika nak mendekati orang muda. Platform persidangan kali ini adalah tempat agar perbincangan masih boleh dimantapkan.
Akhir sekali,harapan saya agar perpaduan sesama ahli UMNO haruslah diperkukuhkan. Tolak tepi segala perbezaan atau sebarang niat untuk berlawan sesama sendiri,tumpu sepenuhnya demi kemenangan PRU15. Tiada gunanya jika menang bersorak,kampung tergadai.
Selamat bersidang semua Ahli UMNO. Hidup UMNO!UMNO BANGKIT KEMBALI!
Muhamad Nur Aizat bin Noor Azam
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok