20 OGOS : Jangkitan kes baharu COVID-19 pada semalam memperlihatkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,071 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.752 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,454 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).