22 OGOS : Satu mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Bahagian UMNO telah diadakan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan mesyuarat tergempar tersebut bermula jam 11 pagi. Menurut sumber, lebih 100 pemimpin UMNO hadir dalam mesyuarat tersebut.
Antara pemimpin yang sempat ditemui ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang tiba sebentar tadi di Menara Dato’ Onn.
Bagaimanapun, pemimpin UMNO yang hadir mengunci mulut untuk memberitahu tujuan sebenar mesyuarat berkenaan.
Media difahamkan mesyuarat berlangsung kira-kira jam 11 pagi dan selepas itu tidak pasti sama ada akan diadakan sidang media atau tidak.
Sehingga kini, masih belum dipastikan isi mesyuarat, namun khabar angin mendakwa ia mungkin berkaitan tarikh pilihan raya.