Mesej Zahid mahu desak PM bubar parlimen palsu
22 OGOS : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan mesej tular mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid mendesak ketua cawangan mengusulkan kepada Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
Beliau berkata, mesej itu adalah cubaan cuba melaga-lagakan perpaduan UMNO.
“Itu mesej palsu,” katanya kepada BH.
Mesej dalam bentuk poster itu antara lain menyatakan ketua cawangan UMNO diminta Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengusulkan cadangan itu kepada Perdana Menteri.
Turut dinyatakan cadangan ketua cawangan itu akan diberikan kepada Ismail Sabri dan jika Perdana Menteri ingkar, Majlis Kerja Tertinggi akan memecatnya daripada parti.