23 OGOS : Angka jangkitan kes baharu COVID-19 semalam memperlihatkan sedikit penurunan kepada 2,078 kes berbanding 2,464 kes yang dicatat pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.759 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Kes aktif COVID-19 dalam negara pula kini sebanyak 37,696 dan 96 peratus dan seramai 36,187 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 1,409 kes dirawat di hospital dengan 69 kini ditempatkan di wad ICU di mana 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan selain mencatatkan 3,290 kes sembuh.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak 10 kes kematian dicatat semalam dan tiga kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).