27 OGOS : Kes jangkitan baharu COVID-19 semalam menunjukkan sedikit penurunan kepada 3,118 kes berbanding 3,206 kes yang dicatat pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.771 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 35,737 dan 96 peratus atau 34,294 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,345 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiga kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).