29 OGOS : Seorang pengarah pembangunan perniagaan di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) kerana dipercayai melantik syarikat milik saudaranya bagi mendapatkan projek perisian bernilai kira-kira RM 1.7 juta.
Menurut sumber, suspek dipercayai terbabit secara langsung dalam pelantikan sebuah syarikat milik saudaranya yang dibuat secara lantikan terus bagi mengendalikan projek itu pada Mac 2020.
Lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2.20 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.