nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hari Kebangsaan 2022 disambut meriah, lebih 100,000 pengunjung hadir

31 OGOS : Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini meriah dengan kehadiran kira-kira lebih 100,000 pengunjung untuk menyaksikan acara-acara menarik yang membabitkan lebih 20,000 peserta dan 437 aset darat dan udara.

Acara bermula tepat jam 8 pagi dengan ketibaan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, bersama jemaah menteri dan seterusnya ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda Diraja ke Dataran Merdeka pagi tadi.

Nyanyian lagu “Hormat Diraja” dan “Negaraku” berkumandang diiringi 14 das tembakan meriam oleh Rejimen Artileri Diraja diketuai Leftenan Kolonel Mohamad Asri Che Wil.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudian menyempurnakan pemeriksaan kawalan kehormat utama Panji-Panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja yang diketuai Mejar Nurul Fauzan Md Sabri.

Bacaan ikrar kemudian dipimpin oleh Atlet Pecut Negara, Muhammad Azeem Fahmi diiringi 65 peserta Keluarga Malaysia mewakili pelbagai kaum dan etnik diikuti laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan khas padang formasi kira-kira 600 peserta dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dengan perbarisan dan perarakan kontinjen kenegaraan melibatkan 15,971 peserta, 76 ekor haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara.

Jam 10 pagi, acara yang dinantikan pengunjung iaitu pancaragam, perarakan kenderaan berhias dan aset-aset agensi pertahanan mula mengambil tempat yang melibatkan kontijen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Paling mencuri tumpuan pengunjung, perarakan aset ketenteraan antaranya kereta kebal PT-91M (Pendekar), kereta perisai tempur Adnan AVR, Adnan AVF dan Adnan AMB dan misil Exocet MM40 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selesai perarakan, Dataran Merdeka kemudian digegarkan dengan pertunjukan udara melintasi pentas utama.

Acara melibatkan melibatkan formasi pesawat Sukhoi SU-30 MKM, F/A-18D Hornet, B.A.E Hawk, pesawat pengangkut A400M Airbus, C130 Hercules serta tujuh jenis helikopter milik agensi kerajaan.

Tepat jam 10.45 pagi, acara diakhiri dengan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum persembahan pentas oleh barisan artis tempatan antaranya Sufi Rashid, Nikki Palikat, Nadia Hasnan diserta Kumpulan Keseniaan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.