3 SEPT : Angka jangkitan harian COVID-19 semalam adalah sebanyak 2,328 kes di mana tiga daripadanya membabitkan kes import, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.
Angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara meningkat kepada 4,787,308 kes, dan sebanyak 31,164 kes aktif COVID-19 direkodkan.
Dalam pada itu, sejumlah 29,761 kes atau 95.5 peratus kini menjalani kuarantin wajib di rumah, diikuti 19 kes (0.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,305 kes (4.2 peratus) menerima rawatan di hospital.
Sejumlah 79 kes lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 44 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Statistik juga melaporkan 2,618 lagi kes sembuh direkodkan, menjadikan kumulatif 4,719,910 kes sembuh sehingga semalam.
Sebanyak 9 lagi kes kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,234 orang