8 SEPT : Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) melaporkan 1,317 kes cacar monyet termasuk 35 dimasukkan ke hospital setakat Rabu, lapor Xinhua.
Berita Yang Berkaitan
Agensi kesihatan itu memaklumkan, di Ontario sebanyak 631 kes dilaporkan, di Quebec (505 kes), British Columbia (139 kes), Alberta (34 kes), Saskatchewan (tiga kes), Yukon (dua kes) dan masing-masing satu di Nova Scotia, Manitoba dan New Brunswick.