30 SEPT : Kes baharu jangkitan COVID-19 dalam negara semalam menurun sedikit ke angka 1,867 berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,174 dengan 24,071 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala sebanyak 1,060 kes dirawat di hospital dengan 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Empat kes kematian pula telah direkodkan semalam namun tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID).