15 OKT : Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara semalam meningkat naik ke 2,231 berbanding 2,090 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,557 dengan 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, PKRC, manakala, 976 pesakit mendapat rawatan di hospital.
34 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 21 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, lima kes kematian dicatat semalam, dan daripada jumlah itu, satu kematian luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead‘ (BID) dilaporkan.