nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS ibarat kacang lupakan kulit

19 OKT : Keputusan PAS untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan sebagai sesuatu yang merugikan kerana parti itu masih baharu dan tiada pengalaman,demikian tegas penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin turut mengibaratkan Pas seperti kacang lupakan kulit kerana mementingkan parti yang tidak pernah membantunya selama ini.

“Hari ini pun siapa yang mengasaskan UMNO dengan PAS, kenapa pilih BERSATU, kalau nak isteri dua atau tiga, pertama tu yang diutamakan, ini isteri kedua dan ketiga diutamakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke-370 ‘Demi Rakyat atau Kuasa’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian semalam.

Turut menjadi panelis Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail dan Timbalan Ketua Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Tajuddin mengakui orang Melayu Bersatu disebabkan MN dengan program yang dimulakannya di Kampung Gajah, Sungai Manik, Kimanis, Tanjung Piai dan Dataran Merdeka

“Pengasas Muafakat Nasional (MN) adalah saya.

“Sebelum ini kita berpecah belah, kita bermusuhan selama 60 tahun lebih, tiba-tiba kita boleh berpelukan antara Pas dan UMNO itu dulu, saya ingatkan jaga baik-baik, kita tak jaga masing-masing, saya kata tak payah masuk kerajaan Dr Mahathir, jangan masuk kerajaan Muhyiddin sebab kita dah kuat,” katanya.

Jelas Tajuddin, kekuatan dua blok parti terbesar Melayu Islam terbukti apabila gabungan itu berjaya memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Tetapi oleh kerana kita kalah dengan godaan syaitan, kita nak Tan Sri, kita nak Datuk Seri, nak jadi Menteri, Timbalan Menteri apa dah jadi? Percayalah UMNO kita boleh solo tetapi Pas kuat kerana UMNO,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.