19 OKT : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Nesat dikesan hari ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, ribut tropika itu dikesan pada kedudukan latitud 17.1 darjah Utara dan longitud 109.8 darjah Timur kira-kira 159 kilometer (km) ke barat daya Hainan, China.
Ribut itu yang membawa kelajuan angin maksimum 83 km sejam itu juga berada kira-kira 1,369 km ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hingga 11 malam ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah