2 NOV : Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) mengumumkan 24 calon gabungan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Daripada jumlah kerusi tersebut, GRS bertanding sebanyak 13 kerusi, manakala BN pula diberikan 12 kerusi untuk dipertaruhkan pada pilihan raya kali ini.
Bagaimanapun menurut Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar, kerusi bagi Parlimen Beluran masih lagi dalam perbincangan.
Kerusi Beluran disandang oleh Menteri Pertanian Indusrti dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kaindee.
Jelas Bung Moktar, pemilihan calon dibuat bagi memastikan gabungan tersebut menang pada PRU15, sekali gus membantu membentuk kerajaan Persekutuan.
“Kita telah berunding dan kita akan pastikan calon-calon kita, di mana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding, BN bantu. Di mana pun begitulah, kita akan sokong dan bersama-sama bersatu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon GRS-BN di Kota Kinabalu hari ini.
Dalam pengumuman tersebut, beberapa penyandang digugurkan dan tidak mempertahankan kerusi yang disandang mereka.
Ia termasuk Datuk Seri Azizah Mohd Dun (GRS-Bersatu); Datuk Yamani Hafez Musa; dan Datuk Abdul Rahim Bakri.
GRS mengandungi Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Berikut adalah senarai calon yang diumumkan GRS-BN :
P167 KUDAT : DATUK SERI RUDDY AWAH (GRS)
P.168 KOTA MARUDU : DSP MAXIMUS (GRS)
P.169 KOTA BELUD : ABDUL RAHMAN DAHLAN (BN)
P.170 TUARAN: DATUK JONISTAN (GRS)
P.171 SEPANGGAR : YAKUB KHAN (BN)
P.172 KOTA KINABALU: YEE TSAI YEW
P.173 PUTATAN: YB SHAHELMY
P.174 PENAMPANG: KENNEDY CHUA
P.175 PAPAR: DATUK ARMIZAN
P.176 KIMANIS : MOHAMMAD HAJI ALAMIN (BN)
P.177 BEAUFORT : HAJAH SITI AMINAH ACHING (BN)
P.178 SIPITANG : DATUK MATBALI MUSAH
P.179 RANAU: DATUK JONATHAN
P.180 KENINGAU : JEFFREY KITINGAN (GRS)
P.181 TENOM : JAMAWI JAAFAR (BN)
P.182 PENSIANGAN: ARTHUR JOSEPH KURUP (BN)
P.183 BELURAN : BENEDICT ASMAT (BN)
P.184 LIBARAN : SUHAIMI HJ NASIR (BN)
P.185 BATU SAPI: DATUK FIRDAYS
P.186 SANDAKAN : THOMAS LAU
P.187 KINABATANGAN : DSP BUNG MOKTAR RADIN (BN)
P.188 LAHAD DATU : MAIZATUL AKMAM ALAWI (BN)
P.189 SEMPORNA : NICKSON ABD HADI
P.190 TAWAU: LO SU FUI
P.191 KALABAKAN : ASLAN FADLI
N.66 BUGAYA: HJ ABD AZIZ B HJ MOHD IBNO (BN)