nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15: GPS tampil 14 muka baharu, kekal 16 penyandang

3 NOV :  Seramai 14 muka baharu ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membawa cabaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg hari ini mengumumkan senarai calon 31 kawasan Parlimen Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Senarai B) Jalan Bako, di Kuching hari ini.

Daripada 31 calon yang diumumkan, GPS mengekalkan 16 penyandang termasuk tiga menteri dan empat timbalan menteri.

Mereka ialah Datuk Seri Nancy Shukri yang bertukar ke Parlimen Santubong; Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian), Yusuf Abdul Wahab (Tanjong Manis) dan Ahmad Johnie Zawawi (Igan).

Turut kekal, Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Kapit), Datuk Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Datuk Anyi Ngau (Baram), Datuk Hasbi Habibullah (Limbang) dan Datuk Henry Sum Agong (Lawas).

Penyandang Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang memenangi kerusi itu ketika mewakili PKR pada PRU14 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pula kali ini akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon GPS.

Selain itu, seorang calon, Datuk Joseph Salang Gandum membuat kemunculan semula untuk bertanding di Parlimen Julau.

Beliau adalah Ahli Parlimen Julau sejak 1999 namun tewas kepada calon Bebas, Larry Sng Wei Shien pada PRU14.

Muka baharu yang ditampilkan ialah Lidang Disen yang akan bertanding di Parlimen Mas Gading, Tay Tze Kok (Bandar Kuching), Lo There Chiang (Stampin), Rodiyah Sapiee (Batang Sadong), Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar), Datuk Doris Sophia Brodi (Sri Aman) dan Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu).

Turut dicalonkan pertama kali untuk Parlimen, Richard Rapu @ Aman Begri (Betong), Giendam Jonathan Tait (Saratok), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sarikei), Wong Ching Yong (Lanang), Clarence Ting Ing Horh (Sibu), Edwin Bantam (Selangau) dan Jeffery Phang Siaw Foong (Miri).

Pembahagian kerusi antara empat parti komponen itu menyaksikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 14 kawasan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tujuh, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam Dan Parti Demokratik Progresif (PDP) empat.

Sementara itu, Abang Johari berkata, beliau menghargai sumbangan penyandang yang mengambil keputusan untuk berundur iaitu Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar) dan Datuk Robert Lawson Chuat (Betong).

“Terima kasih kepada mereka kerana memberi laluan kepada calon muka baharu untuk mempertahankan kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi, tema GPS bagi menghadapi PRU15 ini adalah ‘Utamakan Sarawak’ dan manifesto akan diumumkan pada Ahad ini

Get real time updates directly on you device, subscribe now.