7 NOV : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, ribut petir dikebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, hujan dialami di satu dua tempat di Pulai Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Johor pagi ini.
Di Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan bagi daerah Kuching, Samarahan, Betong dan Kapit manakala di Sabah membabitkan Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
Pada sebelah petang pula, amaran ribut petir dikeluarkan terhadap satu dua tempat di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Johor, manakala beberapa kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan kawasan pedalaman seperti Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan WP Labuan.
Sebelah malam, amaran ribut petir dikeluarkan bagi satu dua tempat di negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang manakala hujan di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Di Sarawak, hujan di satu dua tempat membabitkan daerah Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri manakala di Sabah ialah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan.
Seterusnya, hujan yang dijangka pagi esok (Selasa) membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, beberapa tempat di Pahang dan hujan di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan kawasan pantai di Melaka.
Bagi Sarawak, amaran hujan di satu tempat membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, dan Bintulu manakala di Sabah membabitkan hujan satu dua tempat di Sandakan dan Kudat.
Pada sebelah petang dan malam, amaran ribut petir dikeluarkan di satu dua tempat membabitkan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan juga Johor manakala di kawasan pedalaman membabitkan negeri Kedah.
Begitu juga bagi negeri Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.
Amaran hujan juga dikeluarkan bagi negeri Kelantan, Terengganu, kawasan pedalaman Perak, dan juga beberapa tempat di Pahang.
Pada Rabu, MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada pagi di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit Bintulu) dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Labuan).
Seterusnya, pada petang dan malam MetMalaysia menjangkakan hujan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan , Terengganu, Perak dan Pahang.
Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Miri dan limbang manakala di Sabah membabitkan daerah WP Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan.