8 NOV : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melarang pelaksanaan sebarang bentuk aktiviti berunsurkan kempen politik di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menerusi satu kenyataan hari ini, pengarahnya Najmuddin Abdul Karim berkata, bagaimanapun calon atau wakil calon dibenarkan hadir ke masjid dan surau untuk tujuan beribadah.
“Pihak masjid juga perlu memastikan apa-apa berkaitan dengan politik seperti bendera parti dan poster calon tidak boleh digantung di sekitar kawasan pagar masjid selain tidak membenarkan pengedaran risalah politik,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau berkata JAIPs boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap calon atau wakil calon yang melanggar arahan berkenaan.