15 NOV : Kerajaan Negeri Kedah bersetuju mengisytiharkan Jumaat dan Sabtu ini sebagai cuti umum di negeri itu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuti umum pada Jumaat akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya iaitu pada Ahad
Ia selaras dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengisytiharkan cuti umum pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab pada PRU15.