nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ka Siong bidas Anthony Loke isu stesen ECRL Bentong

18 NOV : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang berjanji kepada pengundi di Bentong sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan, stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong tidak akan dibatalkan, sedangkan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dahulu, merekalah yang menangguh projek berkenaan menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit.

Kata Ka Siong menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, beliau mempersoalkan apakah calon Parlimen Seremban itu tidak tahu bahawa ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sememangnya Bentong sudah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk dibina stesen ECRL.

“Apakah Anthony Loke tidak tahu ke semasa pemerintahan Barisan Nasional, Bentong adalah lokasi di mana bakal wujudnya stesen ECRL? Apabila PH jadi kerajaan, merekalah yang menangguhkan pembinaan projek ECRL sehingga menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berbilion ringgit.

“Ketika itu, kita juga tidak mendengar sebarang bantahan daripada pemimpin DAP, Wong Tack yang juga penyandang Parlimen Bentong. Kita juga tidak mendengar apa-apa daripada tiga orang Exco DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Selepas BN memulakan semula projek ECRL pada April tahun lalu, banyak isu yang dapat diselesaikan termasuk mendapatkan persetujuan bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi Jajaran Seksyen C ECRL.

Realitinya kata Ka Siong, MOT dan MRL Sdn Bhd, pemilik projek ECRL telah mengadakan 37 sesi libat urus dengan 17 agensi kerajaan negeri Selangor sebelum memutuskan jajaran asal iaitu Jajaran Utara, dengan kos yang sama serta impak sosial dan alam sekitar yang lebih rendah.

“Jadi mengapa sekarang Anthony Loke menggunakan semua retorik ini semasa PRU15 mengenai ECRL sedangkan beliau sendiri tahu Jajaran Selatan ke Putrajaya dan Kuala Klawang bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan tetapi juga secara drastik mengurangkan skop kerja Seksyen C, dengan mengecilkan dan mengurangkan bilangan stesen.

“Mengurangkan skop kerja pada kadar kos unit yang sama dari zaman BN adalah satu-satunya cara PH untuk bermegah kononnya dapat ‘jimat’ sebanyak RM21.5 bilion dan ‘mengurangkan’ kos ECRL kepada RM44 bilion.

“Mengapa Anthony Loke tidak bercakap tentang hakikat bahawa ini tidak termasuk kos dan implikasi lain susulan mengubah jajaran ECRL? Atau mengakui hakikat bahawa mengubah jajaran daripada dua landasan kepada satu landasan adalah sebahagian daripada ‘penjimatan kos’ RM10 bilion mereka.

“Sebaliknya, mereka terus mendakwa kononnya Jajaran Utara yang asal menyebabkan kos pembinaan ECRL meningkat,” katanya lagi.

Kos jajaran utara menurut Ka Siong lagi, adalah lebih baik sepanjang tempoh beliau menjadi menteri MOT telah dikekalkan pada RM50.27 bilion selepas rundingan dengan kontraktor EPCC untuk membawa lebih banyak manfaat kepada Selangor, terutamanya dengan pembinaan banyak stesen di negeri ini.

“Walaupun berada di kawasan geografi yang sukar tetapi tetap membawa limpahan ekonomi yang lebih besar di Gombak, Serendah dan Pelabuhan Klang, seterusnya ke Westport dan Northport,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.