19 NOV : Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, BN menganggap keputusan malam ini merupakan satu isyarat besar dari rakyat kepada parti tersebut.
“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.
“Kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan antara tiga wilayah itu.
“Dalam masa yang terdekat, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami, terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” kata beliau lagi
Sehingga pukul 1.30 pagi tadi, BN hanya memperoleh 23 kerusi Parlimen jauh ketinggalan berbanding Pakatan Harapan sebanyak 52 kerusi dan Perikatan Nasional 53 kerusi.