22 NOV : 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
ADUN BN yang mengangkat sumpah adalah ADUN Lintang daripada UMNO, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Salbiah Mohamed (UMNO-Temengor); dan Khairuddin Abu Hanipah (UMNO-Belanja).
Sementara daripada PH, iaitu ADUN Sungai Rapat daripada Amanah, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin; A Sivanesan (DAP-Sungkai); Loh Sze Yee (DAP-Jalong); Teh Kok Lim (DAP-Aulong); Sandrea Ng Shy Ching (PKR-Teja); Mohd Azlan Helmi Helmi (PKR-Tualang Sekah), dan Woo Kah Leong (DAP-Pasir Bedamar).
Khairuddin merupakan merupakan satu-satunya muka baharu daripada BN sementara daripada PH pula adalah Sze Yee, Kok Lim, Shy Ching, Mohd Azlan, Kah Leong.