22 NOV : Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara
“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional (BN) adalah kekal seperti sekarang,” katanya dalam kenyataan itu.