23 NOV : Rundingan Barisan Nasional (BN) sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), adalah keputusan Majlis Tertinggi BN.
BN telah bentuk sebuah jawatankuasa terdiri daripada tujuh perunding yang diketuai oleh DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Mohamad Hassan, DS Dr Zamri Abd Kadir, DS Dr Wee Kah Siong, DS M Saravanan, Arthur Joseph Kurup dan DS Ismail Sabri Yaakob.
Rundingan BN dengan PH serta BN dan PN sudah selesai dan malam ini, DS Mohamad Hassan akan bawa ke mesyuarat MT UMNO utk pandangan MT.
Esok pagi, akan bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 MP BN.
Waktu rundingan dengan PH, Naib Presiden DS Ismail Sabri Yaakob tidak dilibatkan dan rundingan dengan PN pada hari ini tidak dihadiri DS Ahmad Zahid kerana beliau demam dan diketuai oleh DS Mohamad Hassan.
Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan.
Semua keputusan akan ditentukan oleh MT UMNO & MT BN.