2 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini, dipercayai untuk mempersembahkan senarai Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong
Difahamkan, pembentukan Kabinet kerajaan baharu itu dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya hari ini.
Ia dipercayai bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini, agar Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara esok.
Anwar pada sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil.
Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi terkini.