nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan mansuh tol perlu kajian terperinci

3 OGOS: Kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung cadangan memansuhkan kutipan tol kerana ia memerlukan kajian lanjut yang terperinci.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan itu membabitkan kepentingan pelbagai pihak termasuk pemegang konsesi.

Menurut beliau, pada masa yang sama, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan kewangan yang perlu ditangani akibat kesan pandemik COVID-19.

“Kerajaan teliti ambil kira dengan mendalam faktor implikasi akan timbul jika penghapusan tol dilakukan khususnya kewangan semasa yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.

“Sehubungan dengan itu, hala tuju lebuh raya bertol akan disemak semula dan memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan menteri,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman tentang perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan Tol Gombak, Fadillah memberitahu kapasiti sedia ada di Plaza Tol Gombak masih boleh menampung jumlah kenderaan pada waktu puncak.

Beliau menjelaskan, kesesakan luar biasa berlaku pada musim perayaan berikutan terlalu banyak kenderaan yang melepasi plaza tol tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadilah memberitahu, kementeriannya sedang melaksanakan kajian bagi membina lebuh raya alternatif di antara Gombak ke Bentong bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK).

“Untuk tentukan jajaran baharu atau naik taraf jalan sedia ada diperlukan. Kita ambil kira pelaksanaan candangan projek termasuk impaknya terhadap alam sekitar dan sosial yang boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.