7 DIS : Insiden letupan bom di sebuah balai Polis di Bandung menyebabkan seorang anggota polis maut manakala tiga yang lain cedera parah.
“Kemas kini mangsa insiden pengebom bunuh diri di balai polis Astanaanyar adalah seorang anggota terkorban, tiga cedera parah dan empat cedera ringan,”kata Ketua Biro Penerangan Masyarakat bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Ahmad Ramadhan.
Manalala, seorang lagi mangsa yang cedera ringan ialah orang awam, tambahnya.