7 DIS : Calon Perikatan Nasional (PN), Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung hari ini.
Beliau memperoleh 51,637 undi, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi dan calon Barisan Nasional (BN), C. Sivaraajh (2,983 undi).
Selain itu, calon Pejuang, Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi, manakala calon Bebas, Sreanandha Rao (846 undi) dan Mohd Bakhri Hashim yang mewakili Warisan (149 undi).