9 DIS : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Menurut Anwar, istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada 3 petang esok.
Pengumuman itu, yang dibuat di Putrajaya pada 8.15 malam tadi disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial.
Pada Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri dan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan.
Anwar petang tadi mempersembah senarai nama timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Berikut adalah senarai Timbalan Menteri :
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan
Sim Chee Keong Steven Sim
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Adam Adli
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan
Hasbi Habibullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Chan Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi
Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan
Adly Zahary
Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Liew Ching Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Yusuf Apdal
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Saraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Khairul Firdaus Akhbar Khan
Timbalan Menteri Pendidikan
Lim Hui Ying
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilson Ugak Kumbong
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Datuk Sri Huang Tiong Sii
Timbalan Menteri Kesihatan
Lukanisman Awang Sauni