10 DIS : Sekurang-kurangnya 12 penduduk dilaporkan hilang akibat letupan di Pulau Jersey, di luar pantai utara Perancis.
Polis Jersey dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter berkata, Susulan letupan pagi tadi di Haut du Mont, beberapa penduduk di Pier Road masih hilang. Perkhidmatan kecemasan sedang sudah memulakan pencarian di lokasi kejadian,” kata .
Sementara itu, BBC dan Sky News melaporkan seorang penduduk terbunuh, namun sehingga kini Reuters belum dapat mengesahkan laporan itu.
Jersey ialah wilayah tanggungan mahkota iaitu bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain.
Wilayah itu tidak membentuk sebahagian daripada United Kingdom dan wilayah luar negeri. Dengan itu, Jersey mempunyai sistem kewangan dan undang-undangnya sendiri dengan 100,000 pemastautin.
Terdahulu, polis mengatakan pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap kejadian yang membabitkan hartanah kediaman.