12 FEB: Ahli-Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan (Backbencher) menghadiri sesi pemukiman dan pre-council sidang Dewan Rakyat, di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Program itu sebagai persiapan awal ahli-ahli Backbencher yang akan menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula selepas majlis pembukaan persidangan Parlimen Penggal ke 15 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, esok.
Perasmian pemukiman tersebut oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip kerajaan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hadir sama Pengerusi Backbencher Datuk Seri Johari Ghani.
Pada majlis tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azlina Othman Said menyampaikan taklimat berhubung pengukuhan Institusi Parlimen manakala perkara berkaitan protokol dan etiket disampaikan oleh Ketua Istiadat, Bahagian Istiadat dan Urusan Persidangan Antarabangsa (BIUPA) JPM Datuk Rozainor Ramli.
Bekas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula menyampaikan taklimat berhubung ketertiban Ahli Yang Berhormat Berlandaskan Peraturan Tetap Parlimen.
Selesai majlis pemukiman tersebut, Ahli- Ahli Backbencher menghadiri Pre-Council Siidang Dewan Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri dan timbalan-timbalan menteri.