7 JUN : Meskipun terkenal dengan landskap yang menarik namun Nepal tetap tersenarai sebagai negara paling tercemar di dunia
Menurut platform Our World in Data dari Universiti Oxford, penduduk di negara daratan Asia Selatan itu terdedah kepada 99.73 mikrogram setiap meter padu zarah halus secara purata, sepanjang tahun.
Negara itu terdedah sebanyak 99.73 mikrogram setiap meter padu zarah halus secara purata, sepanjang tahun ini yang dilaporkan dari Universiti Oxford melalui platform Our World in Data.
Pakar menyifatkan angka itu hampir 20 kali lebih tinggi daripada had membimbangkan yang ditetapkan dalam garis panduan pencemaran udara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut pakar, angka itu hampir 20 kali lebih tinggi daripada paras membimbangkan yang tetakluk dalam garis panduan pencemaran udara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
WHO menyatakan bahawa purata kepekatan tahunan zarah halus PM2.5 tidak boleh melebihi 5 mikrogram setiap meter padu.
Niger berada di tempat kedua dengan 94.05 mikrogram setiap meter padu sementara Qatar pula mencatat 91.19 mikrogram di tangga ketiga.
Para penyelidik berkata, kepekatan pencemaran udara di seluruh Afrika Utara juga sangat tinggi, sebahagiannya disebabkan oleh keadaan lebih kering dengan peningkatan partikel pasir dan habuk.
Melengkapkan lima negara teratas dengan kualiti udara terburuk ialah India, di mana populasi seramai 1.4 bilion negara itu terdedah kepada tahap pencemaran 90.87 mikrogram dan Arab Saudi yang mencatatkan jumlah 87.95 mikrogram.
Finland pula berada di tangga teratas bagi negara yang paling kurang tahap pencemaran dengan pendedahan tahunan terendah 5.86 mikrogram, diikuti rapat oleh Brunei di tempat kedua yang terdedah kepada hanya 5.9 mikrogram.
New Zealand, Sweden, Kanada dan Iceland turut mencatatkan paras rendah pencemar udara namun angka yang dicatatkan masih melebihi tahap udara selamat yang ditetapkan oleh WHO.