8 JUN: Perdana Menteri mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
“Saya ucap tahniah buat anak-anak yang menerima keputusan SPM hari ini.
“Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, semoga ia berikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook beliau, hari ini.
Dalam masa yang sama Perdana Menteri turut memaklumkan bagi yang tidak berjaya, ia bukan pengkahiran buat segalanya, namun perlu bangkit dan mencipta semangat baharu untuk lebih berjaya.
“Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu.
“Salut saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang berterusan beri dukungan kepada anak bangsa kita.