Jangan terpedaya dengan skim tawaran TH di Telegram
1 2 JUN: Terdapai pihak yang menyamar menggunakan logo Tabung Haji (TH) dan cuba memperdaya orang ramai dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Dalam hal ini, TH meminta semua pihak agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram.
Scammer tersebut turut menubuhkan Group Chat (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.
TH menasihati pendeposit untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919.