nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gelombang panas India penyebab lebih 100 maut dalam 4 hari

19 JUN: Beberapa hospital di utara Indiamerekodkan lebih 100 kematian terutama di Uttar Pradesh dan timur Bihar yang mencatat 96 kematian.

Ia berikutan haba luar biasa di utara India sejak empat hari lalu dimana kakitangan perubatan berkata, kebanyakan mangsa strok haba berusia 60 tahun ke atas, dengan gejala demam panas, muntah, cirit-birit, kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Doktor percaya kadar kematian tinggi adalah kerana suhu melampau sejak kebelakangan ini dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan kaitan haba dan kelembapan yang menyebabkan kematian.

Di daerah Ballia yang memiliki kira-kira tiga juta penduduk, suhu tinggi harian sejak empat hari lalu berlegar sekitar 43 darjah Celsius, iaitu 9 darjah Celsius lebih panas berbanding biasa manakala kelembapan relatif dicatatkan berada di paras 53 peratus.

Rekod menunjukkan puluhan kematian direkodkan di hospital di kawasan Ballia pada 15, 16 dan 17 Jun.

Ketua Pegawai Perubatan daerah Ballia, Dr Jayant Kumar, berkata di Bihar terdapat 23 orang maut Khamis lalu, dan 11 orang lagi meninggal dunia pada hari seterusnya, sekali gus menyifatkan jumlah kematian itu adalah lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Bercakap kepada agensi berita Press Trust of India, Dr Kumar berkata purata lapan orang disahkan mati setiap hari, kebanyakan adalah kematian semula jadi.

“Sebahagian besar adalah orang tua yang menderita penyakit yang berbeza termasuk diabetes dan darah tinggi.

“Kita masih mengkaji sejauh mana kean suhu melampau mungkin menyumbang kepada peningkatan mendadak kadar kematian ini,” katanya.

Bekas ketua penguasa perubatan daerah Ballia, Dr Diwakar Singh, yang ditemubual pemberita Jumaat lalu berkata 34 orang meninggal dunia akibat strok haba di hospital utama di bawah pengawasannya.

Memetik laporan akhbar tempatan yang mengumpul angka daripada pegawai dan hospital berbeza mendapati sebanyak 54 kes kematian di Ballia dan tambahan 44 kes direkodkan di Bihar sejak tiga hari lalu.

Dalam pada itu, ribut taufan, puting beliung dan hujan diramalkan melanda Uttar Pradesh serta Bihar dalam tempoh dua hari lagi, diharapkan dapat mengurangkan suhu yang kini berada pada paras agak tinggi.

Musim panas sepanjang bulan April, Mei dan Jun lazimnya adalah tempoh paling panas di India sebelum hujan monsun menyebabkan penurunan suhu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.