nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO dijangka bertanding 15 kerusi di PRN Kedah

23 JUN: UMNO Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka selesai sebelum Aidiladha ini.

“Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu”, katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pendang hari ini.

Mengulas mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah, Mahdzir berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Saya ingat yang itu bukan isulah untuk diselesaikan. Saya ingat Insya Allah dalam minggu ini sebelum raya haji ini kita boleh selesai,” katanya.

Mengenai persediaan parti itu pula, beliau berkata, BN sudah memulakan gerak kerja termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN.

“Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PD, akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM. Katalah di Tokai ada 21 jadi ada 21 jawatankuasa,” jelasnya.

Tambahnya, antara gerak kerja yang diputuskan adalah untuk memastikan semua jawatankuasa yang ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon PH di DUN yang ditandingi mereka.

“Jadi kalau di Tokai itu ditandingi oleh PH, maknanya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BN tadi bantulah sebab ‘frontliner’ kepada Tokai itu nanti adalah PH, jadi BN akan bantu.

“Kalaulah Sungai Tiang itu nanti UMNO yang bertanding BN yang bertanding jadi ‘frontliner’ di Sungai Tiang itu adalah BN. PH yang datang bantu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihaknya yakin pengundi sudah berada pada neratif yang jelas selepas terkeliru membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, kekeliruan itu berlaku disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu merupakan parti yang menjadi kerajaan.

“Kita pun tak boleh salahkan depa jugalah pada waktu itu tapi hari ini sangat jelas. Di Putrajaya (ada) BN dan Pakatan Harapan (PH), di sini PN (iaitu) PAS dan BERSATU yang jadi pembangkang. Sebab itu saya guna tagline kalih bagi sama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.