27 JUN: Cuti tambahan diberikam kepada penjawat awam negeri Selangor iaitu pada hari Jumaat, 30 Jun 2023.
Memaklumkan perkara itu,.Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan bekata, ia selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Katanya lagi, cuti tambahan tersebut adalah berikutan pengisytiharan tarikh hari raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.
“Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.
Walau bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).
“Pentadbiran kerajaan negeri Selangor juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor,” ujar beliau.