5 JUL: Dua wanita China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sudah pulang ke negara asal.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, dengan menjelaskan yang beliau tidak mengetahui sama ada kedua-dua wanita tersebut akan kembali semula ke negara ini ataupun tidak.
“Dua saksi itu sudah kembali ke China, saya tidak tahu, dia akan kembali semula atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM, hari ini.
Azam menjelaskan, setakat ini, SPRM sudah mengambil keterangan seramai 14 orang orang termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan pegawai imigresen.