6 JUL : Bank Negara Malaysia (BNM) boleh lebih beransur dalam menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Ia selepas kadar itu dianikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Mei.
Ahli Ekonomi Kanan UOB Group, Julia Goh berkata OPR berada pada tahap neutral apabila ia mencecah 3.0 peratus, iaitu tidak terlalu ketat dan mencukupi untuk mengendalikan risiko inflasi.
“Apabila anda hampir mencapai kemuncak kenaikan kadar, kami berpandangan mungkin wujud ruang untuk mereka berhenti seketika bagi mempertimbangkan trend semasa dengan menilai kesan kenaikan kadar yang lepas terhadap ekonomi sebelum memutuskan tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita di luar Forum UOB Asset Management di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, dengan meneliti data ekonomi terkini yang menunjukkan eksport pembuatan lebih lemah manakala pemulihan ekonomi China yang juga rakan dagang utama Malaysia pula tidak begitu kukuh, ini akan memberi kesan limpahan kepada ekonomi dan pemulihan Malaysia.