nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangkang ketandusan isu, gagal beri kritikan membina

8 JUL : Tindakan pembangkang yang setiap hari membuat serangan terhadap kerajaan bukan suatu yang mengejutkan.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu merupakan taktik sama yang turut dilakukan mereka pada sesi sidang Parlimen sebelum ini.

Katanya lagi, sehingga kini pembangkang juga gagal memberi kritikan membina dan hanya menyerang kerajaan dengan pelbagai fitnah secara berulang-ulang.

Ia sekali gus membuktikan pihak terbabit ketandusan isu untuk memenangi hati rakyat.

“Saya mempersoalkan naratif yang cuba dilemparkan pembangkang ke arah Kerajaan Perpaduan dan setakat ini, belum ada kritikan bernas dan membina daripada pihak sana.

“Apa yang mereka lakukan ialah serangan demi serangan dilakukan hampir setiap hari hanya berbentuk adu domba dan fitnah yang diulang-ulang, ia tidak mengejutkan kerana rakyat dan negara sudah saksikan dalam beberapa siri sidang Parlimen lalu betapa kontang dan lemahnya isu cuba dibawa pembangkang.

“Jadi, saya akan gunakan pentas (bertemu rakyat) untuk menjelaskan mengenai keputusan atau langkah kerajaan berhubung isu FELDA dan nasib peneroka, selain mencerakinkan usaha kerajaan dalam meningkatkan pelaburan, meredakan kadar inflasi kepada 2.8 peratus serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2023 melebihi negara tetangga di rantau ini,” katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Anwar berkata, kestabilan tidak mungkin diwujudkan dengan baik jika setiap hari rakyat dihidangkan dengan cerita gerakan dalam gelap untuk menumbangkan kerajaan.

“Malam tadi saya turun ke Bandar Baru Bangi pada majlis Jelajah Perpaduan Madani. Saya diapit Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari), selain beberapa menteri Kabinet dan pimpinan negeri.

“Saya sentuh beberapa perkara. Sekiranya (pembangkang) berani dan benar, ‘sudah cukup jumlah’, gunakan saluran yang betul dan demokratik melalui usul undi tidak percaya di Parlimen dan kerajaan bersedia berdepan dengannya,” katanya.

Pada majlis sama, pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menzahirkan hasrat untuk berpadu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat membentuk kerajaan negeri pada 12 Ogos kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.