19 JUL : Sebuah bandar terpencil di barat laut China mengalami suhu lebih 52 darjah Celsius, yang merupakan rekod tertinggi di negara itu.
Negara itu bergelut dengan cuaca bawah 50 darjah Celsius sejak enam bulan lalu.
Menurut laporan agensi Berita Xinjiang Daily, suhu di bandar Sanbao di Xinjiang melonjak sehingga 52.2 darjah Celsius dan ia dijangka berterusan sekurang-kurangnya lima hari lagi.
Suhu pada Ahad memecahkan rekod sebelumnya, 50.3 darjah Celsius, yang dicatat pada 2015 di daerah Ayding dalam lembangan beting pasir dan tasik kering pada ketinggian lebih 150 meter di bawah paras laut.
Sejak April, negara-negara di seluruh Asia dilanda beberapa pusingan gelombang panas yang memecah rekod, mencetuskan kebimbangan mengenai keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah dengan pantas.
Suhu tinggi yang berpanjangan di China turut mencabar grid kuasa dan tanaman sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berulangnya kemarau pada 2022 yang paling teruk dalam tempoh 60 tahun.
China tidak asing dengan perubahan suhu yang dramatik merentasi musim, tetapi perubahan itu kini semakin meluas dan ketara.
Pada 22 Januari, suhu di Mohe, sebuah bandar di timur laut wilayah Heilongjiang, naik sehingga 53 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod paras tertinggi sepanjang masa China sebelum ini iaitu 52.3 darjah Celsius yang dicatat pada 1969.
Sejak itu, hujan paling lebat dalam sedekad melanda tengah China, memusnahkan ladang gandum di kawasan yang dikenali sebagai jelapang negara itu.