27 JUL: Ekonomi Madani menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.
Selain itu katanya, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus.
Kelima Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. Keenam Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, hari ini.