‘Kerjasama ekonomi, pendidikan dibincang dengan Sultan Brunei’
4 OGOS : Malaysia dan Brunei pada hari ini telah membincangkan kerjasama ekonomi, hal terkait antara dua negara berjiran dan pendidikan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara isu-isu pokok disentuh dalam lawatan negara Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selama tiga hari ke Malaysia.
“Semoga apa yang dibincang ini mampu melonjakkan lagi hubungan antara kedua negara dan semangat ASEAN dalam menopang arus perubahan teknologi glokal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.
Tambah Anwar, beliau sempat membawa Baginda melihat sekitar Seri Perdana Putrajaya yang dalam suasana santai dan penuh harmoni.
“Saya sempat memperkenalkan beberapa menteri kabinet kepada Baginda dan delegasi sementelahan ini platform terbaik dalam merapatkan silaturahim antara dua kerajaan,”ujar beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wam Ismail mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam majlis sambutan negara bagi meraikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Baginda berdua turut berkenan menanam pokok simpor (Dillenia Suffroticosa) di halaman Istana Negara.
S1ultan Hassanal Bolkiah turut diraikan Tuanku dalam majlis jamuan negara di Istana Negara.