9 OGOS : Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian yang terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan hari ini.
Menegaskan perkara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak untuk mencuri wang atau menghukum sesiapa sewenang-sewenangnya.
“Ada usaha yang bangkit untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan yang saya pimpin, tidak mengizinkan orang curi duit, tak izinkan orang hukum sewenang wenang.
“Masih tetap Islam. Masih tetap jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera. Jadi, tidak adillah untuk memfitnah seolah-olah kita tinggalkan Islam dan tinggalkan agama dan hanya kelompok tertentu saja jaga Islam dan agama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut
meminta pengurusan AIM mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan minat anak-anak dalam Matematik dan Sains menerusi kursus tambahan.
Sementara itu, AIM menerima empat pengiktirafan secara serentak daripada Malaysia Book of Records untuk empat rekod kebangsaan bersempena Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia itu.
Empat pengiktirafan itu adalah seperti berikut: Mesyuarat Usahawan Wanita Terbesar Secara Online : dari 4,491 pusat
Pembiayaan tertinggi diluluskan secara serentak kepada usahawan wanita : RM32,077,220.00 Bacaan ikrar oleh usahawan wanita teramai :183,112 orang
Kehadiran ahli mesyuarat usahawan wanita teramai : 183,112 orang.