10 OGOS : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah menandatangani perintah eksekutif yang melarang beberapa pelaburan baharu AS di China dalam teknologi sensitif.
Ia termasuklah cip komputer, selain menuntut perhatian kerajaan dalam membiayai sektor teknologi lain.
Perintah yang sekian lama dinantikan itu turut memberi kuasa kepada Setiausaha Kewangan AS untuk melarang atau menghadkan pelaburan negara itu dalam entiti China merangkumi tiga sektor: semikonduktor dan mikroelektronik, teknologi maklumat kuantum dan beberapa sistem kecerdasan buatan (AI).
Dalam surat kepada Kongres, Biden mengisytiharkan kecemasan nasional bagi menghadapi ancaman kemajuan oleh negara seperti China “dalam teknologi sensitif dan produk yang kritikal terhadap keupayaan ketenteraan, risikan, pemantauan dan keupayaan siber.”
Cadangan itu memberi fokus pada pelaburan dalam syarikat China yang membangunkan perisian untuk reka bentuk cip dan peralatan untuk menghasilkannya.
AS, Jepun dan Belanda telah lama mendominasi bidang-bidang tersebut, namun, kerajaan China pula telah berusaha membangunkan alternatif tempatan.
Langkah terbaharu Biden ini boleh menambah ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia, walaupun pegawai AS menegaskan, larangan ini bertujuan untuk mengatasi risiko keselamatan negara dan bukan untuk memisahkan ekonomi yang sangat bergantung antara kedua-dua negara ini.
Sebaliknya, jurucakap bagi kedutaan China di Washington pula berkata, China “sangat kecewa” dengan tindakan AS mengambil langkah untuk melarang beberapa pelaburan dalam teknologi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Liu Pengyu berkata, sekatan tersebut akan “merosakkan dengan serius kepentingan syarikat dan pelabur China dan Amerika” dan menambah: “China akan mengikuti perkembangan ini dengan rapat dan mempertahankan hak dan kepentingan kami.”
Dalam perkembangan sama, pemimpin Demokrat di Senat, Chuck Schumer memuji laragan yang dikeluarkan oleh Biden.
Katanya: “Sudah terlalu lama, wang Amerika telah membantu memacu kemajuan tentera China. Hari ini, Amerika Syarikat mengambil langkah pertama secara strategik untuk memastikan pelaburan Amerika tidak digunakan untuk membiayai kemajuan ketenteraan China.”
Sehubungan itu, Kongres, tegas Schumer, mesti meneguhkan sekatan tersebut dalam undang-undang dan mengubahnya punggungnya di Jalan Phadungpakdee.