11 OGOS : Tindakan tegas bakal diambil terhadapa mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Sultan Selangor Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Katanya, keputusan itu setelah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Tunggu 12 Ogos, selepas itu apapun keputusan selepas hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri. Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong siapa, itu hak dia.
“Tetapi kalau kamu tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang, fitnah yang besar, nak kafirkan orang yang tak sokong dia adalah musuh Allah, saya nak beritahu malam ini, saya takkan bertolak ansur dengan perkara karut ini ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale, Hulu Kelang malam tadi.
Hadir sama pada majlis ceramah itu Ahmad Zahid dan Fadillah.
Anwar turut menasihatkan rakyat Selangor khususnya orang muda untuk tidak memandang ringan undi yang akan diberikan kepada calon pilihan mereka pada hari pengundian esok..
Anwar berkata, undi mereka adalah penentu kestabilan di negeri itu untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Saya minta jangan Pilihan Raya Negeri ini dipandang ringan. Saya harap kita akan buat keputusan yang terbaik. Anak muda tolong selamatkan negara.
“Jangan biar fahaman penunggang agama main kaum, sudahlah. Kamu cakap kaum Melayu tapi kamu sakau duit orang Melayu,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala pengundian awal pada 8 Ogos lepas.