11 OGOS : Jika peluang terus diberi kepada kerajaan hari ini untuk mendtadbir negara sehingga lima tahun akan datang, Malaysia akan menjadi sebuah negara hebat.
Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan itu adalah susulan rekod prestasi kerajaan yang telah membela isu rakyat pelbagai lapisan.
Katanya lagi, usaha itu telah dibuat sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk kepimpinan negara sejak lapan bulan lepas.
“Baik padi, baik getah, rumah polis, rumah tentera, gaji penjawat awam, nelayan kita cuba maksimum dalam masa lapan bulan.
“Bayangkan kalau kita boleh perintah lima tahun, insya-Allah Malaysia akan jadi hebat sebagai satu negara Asia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari di gerai Gulai Kalut Hot Stall, Balik Pulau, hari ini.
Anwar dalam masa yang turut berkata, kerajaan kini juga dalam pelbagai perancangan untuk membela nasib rakyat, termasuklah perihal membela gaji pekerja swasta dan berjanji akan melaksanakannya.